Makanan Sedap di Georgetown, Pulau Pinang 2021

Assalamualaikum hai!

Haritu saya ada kesempatan nak pergi bercuti, jalan-jalan di Pulau Pinang. Dah lama juga tak keluar ambil angin dan bercuti tenangkan fikiran. Maklumlah semenjak PKP, kita asyik duduk terperap saja di rumah. Nak keluar tak boleh, bercuti apatah lagi. Bila dah Pkpb, saya gunakan peluang ini untuk pergi ke Penang.

Bila sebut pasal Penang je, perkarang pertama yang muncul di fikiran kita mestilah Nasi Kandar, Pasembor, Mee Sotong, Ais Tingkap dan banyak lagi. So saya nak share pengalaman makan pasembor yang sedap, popular dan terkenal di Penang.

PASEMBOR HUSSAIN PADU!

Jadi harini saya nak share dengan anda makanan yang sedap di Georgetown, Penang. Rasanya, ramai yang dah tahu tentang tempat yang saya nak kongsikan ni. Sebab dah terlalu terkenal dan popular di kalangan orang Penang dan juga pelancong luar. Bila pergi Penang je, mesti nak pekena pasembor Hussein atau Pasembor Gani. Punyalah terkenal, sampai pernah masuk dalam tv.

 

MEDAN RENONG PADANG KOTA LAMA

Sesampainya di Kompleks Medan Renong Padang Kota Lama, terus pilih tempat duduk. Tiba-tiba ramai yang datang ke meja kami sebab nak ambil order. Agak tak selesa, tapi mungkin macam ni lah kot style di tempat itu. Saya pun order Ais Kacang, Kerang bakar, Mee udang dan pasembor. Banyak sebenarnya kedai yang jual pasembor di situ, tapi selalunya saya akan pilih kedai Pasembor Hussein. Taktau lah kenapa.

 

KERANG BAKAR


 

 

AIS KACANG


Kebiasaanya kalau makan disitu, saya mesti akan order laksa nenas di Kedai Laksa Zaiton. Tapi waktu saya pergi ni, kedai tu tak buka pula. Kempunan. Laksa Zaiton tu jangan cakaplah, kesedapannya tiada tandingan. Saya pasti akan makan 2 mangkuk sebab terlalu sedap. Kuahnya pekat, harga berpatutan, tak terlalu pedas dan paling penting ada hirisan nenas. Fuh terbaik!

Suasana di tempat ini, sejuk dan berangin sebab terletak sebelah laut. Sesuai untuk datang makan dan lepak ramai-ramai. Kalau sebelum pkp dulu seronok juga sebab meriah. Semua datang untuk makan sambil sembang-sembang tambah pula angin kuat.

Pasembor Hussein memang sedap, kuah pekat, bahan-bahan yang digunakan fresh dan banyak pilihan makanan. Memang padu lah senang cerita. Saya rasa semua makanan sedap dan terbaik cuma mee udang yang saya dapat kurang memuaskan.

 

MAKANAN SEDAP DI PENANG

Lokasi: Kompleks Medan Renong Padang Kota Lama

Alamat: George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 12 pm – 12 am

Apa-apa pun rate atau tahap kesedapan adalah dari pandangan dan pendapat saya. Anda boleh datang dan cuba sendiri makan di sini. Service makanan laju, tempat selesa, meriah, banyak pilihan makanan dan sejuk berangin. Diingatkan harga makanan agak sedikit mahal juga, jadi jangan buat-buat terkejut pula bila kena bayar haha! Tiba-tiba berpeluh kepala tengok harga hahah. Maklumlah tempat tarikan pelancong memang kebiasaanya harga lebih kurang macam tu.

Jadi itu sahaja untuk harini. Saya harap perkongsian saya ini bermanfaat untuk anda. Pulau Pinang memang seronok dijadikan tempat untuk datang melancong, berjalan dan menambahkan berat badan. Seronok juga setelah sekian lama duduk di rumah disebabkan Pkp, dan bila dah dapat kelonggaran, boleh melancong ke negeri lain.

 

Jumpa lagi. Assalamualaikum!

Aina A.

11:31 am | Friday 16/4/2021